Skip to main content

RESEPI MELON BREAD

Siapa sini pernah makan Japanese sweet bun aka melon bread? Serious sedap 😋 Nak beli tak banyak kedai yg ade jual. Jadi harini sis nak share resepinye 😊 boleh lah siapa2 yg teringin tu try buat.

Resepi Melon Bread :

Bahan-bahan :
DOH ROTI (Dapat dlm 18 biji)

🍞 300g tepung roti
🍞 2 sudu kecil instant yis
🍞 50g gula
🍞 2 sudu besar susu tepung
🍞 170g air suam
🍞 3/4 biji telur
🍞 1 sudu besar marjerin

DOH COOKIES (untuk lapisan luar bun)

✨ 80g unsalted butter/butter
✨ 90g gula kastor
✨ 80g telur (sudah dipukul sedikit)
✨ 200g tepung gandum (lebihkan kalau doh lembik)

Cara-cara :

DOH ROTI

✓ On kan breadmaker (BM). Masukkan semua bahan dalam BM. Masukkan bahan cecair dahulu. Setelah semua bahan dimasukkan, pilih menu DOUGH (masa yang telah ditetapkan adalah 1 jam setengah). Tekan start. Biarkan BM buat kerja dia.

✓ Setelah BM berbunyi, tanda sudah siap, keluarkan doh dari pan, dan tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin.

✓ Bahagikan doh menjadi bulat kecil dan setiap bulat kecil hendaklah 40g berat. Susun di dalam loyang yang telah disapu marjerin/lapik baking paper. Biarkan selama 10 minit.

DOH COOKIES

✓ Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula sehingga berubah menjadi warna kuning pucat.

✓ Masukkan telur ke dalam adunan dalam 3 bahagian.

✓ Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan spatula. Jika doh terlalu lembik, tambahkan tepung.

✓ Letakkan doh di atas plastic wrap (bentuk memanjang) dan wrapkan. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.

✓ Setelah 30 minit, keluarkan dari peti sejuk dan potong doh kepada beberapa bahagian, 20g setiap satu.

WRAP DOH ROTI DENGAN COOKIE

✓ Bentukkan cookie yang dah dipotong tadi mejadi bulat. Letakkan di atas plastik (plastik yg buat bungkus makanan tu)

✓ Tutup permukaan atas dengan plastik lain atau gunakan plastik yang ada dua belah.

✓ Picitkan cookie dengan jari sehingga menjadi bentuk bulat lepey. (Jangan terlalu nipis, nanti senang pecah. Jangan terlalu tebal nanti lepas siap bakar akan jadi keras)

✓ Letakkan doh roti dia atas bulatan cookie tadi.

✓ Terbalikkan roti+cookie diatas tapak tangan.

✓ Buka lapisan plastik.

✓ Picit-picitkan tepi cookie supaya betul-betul melekat dengan roti.

✓ Gunakan pisau untuk buat garisan dia atas cookie. Kemudian, taburkan/golekkan cookie dengan gula. Bakar melon bread dalam oven pada suhu 180°c selama 20 minit. Dalam oven letak roti di bahagian atas sekali. Setelah permukaan cookie mejadi sedikit perang, alihkan roti ke bahagian tengah oven dan kurangkan suhu menjadi 170°c.

Selamat mencuba 🤗

Comments

Popular posts from this blog

::MUFFIN COKLAT CHIP MAMAYATIE::

MUFFIN BOLEH TAHAN BERAPA LAMA..? Dari segi ketahanannya, muffin lebih tahan lasak daripada cupcake, ianya tahan disimpan dalam bekas kedap udara antara 4-5 hari, bergantung kepada cara penyimpanan. lebih tahan lama jika disimpan didalam peti sejuk... bila nak makan boleh dipanaskan didalam ketuhar gelombang, microwave ler... Muffin yang disediakan adalah dari adunan/bahan2 yang halal dan mudah didapati disemua kedai. 3. ADA BERAPA BANYAK FLAVOUR MUFFIN...? PERASA : vanilla, coklat, strawberry, pandan. boleh tambah filling (blueberry, oren, strawberry) atau coklat chip 4. ADA KHIDMAT DELIVERY...? YA. Kami ada menyediakan perkhidmatan delivery. Kos delivery bergantung kepada lokasi anda. 5. BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN...? melalui telefon, sms ME 0175884770  RM1.50 SIZE L/EACH MIN ORDER 16PCS   MUFFIN WIF PACKING & REBEN TQ ( HARGA LAIN + 20SEN)  

Rendang dan pulut kuning ipoh perak

Sedia menerima tempahan rendang dan pulut kuning ipoh perak dan kawasan sewaktu dengan nya Harga rendang ikut pasaran ayam Berminat hubungi terus ye @mamayatie_kitchen  Www.wasap.my/60175884770

Apam polkadot di ipoh perak

Alhamdulillah syukur #throwback Orderan 8.9.18 #apampolkadot 200pcs #kekgulahangus 5 biji #browniesdaddy 2 boxes #bersangkabaik #solat5waktu #ingatAllahselalu Pasti rancangan Allah terbaik untuk kita 😊 Detail @mamayatie_kitchen 📞0175884770