Skip to main content

RESEPI TRADISIOANAL

TEPUNG PELITA GANDUM
 

Bahan-bahan ( 30 biji )

  • 4 cawan santan ( 1 biji kelapa )
  • 1 1/4 cawan tepong gandum
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan
  • Daun pisang secukupnya
  • Stapler ( utk membentuk takung )
  • Sedikit pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya

Cara-cara

  1. Blend daun pandan dengan santan kemudian tapis.
  2. Blend tepong, garam dan santan sehingga sebati.
  3. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu biar warna putih dan satu lagi warnakan hijau.
  4. Daun pisang di lap kemudian layur di atas api, supaya senang nak membentuk takungnya.
  5. Sdc11127
    Potong daun pisang berukuran 8cm x 12cm. Ambil 2 keping, maka bentukan empat segi, klip dengan stepler. Kalau sekeping, takung tu jadi lembik, susah nak letak dia dlm kukusan.
  6. Sdc11126
    Dah siap semua takung, susun di dalam kukusan. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
  7. Sdc11130
    Masukan 1/4 sudu kecil gula kedalam takung, tuang separuh takung adunan warna hijau. kukus selama 5 minit.
  8. Sdc11132
    Buka penutup kukusan, tuang adunan putih pula, kukus lagi selama 5 minit. Kukus tak bolih lama nanti bahagian kepala dia tak cantik..masuk dek wap..
  9. Sdc11133
    Dah pun masak..

PAU
BY My RESEPI

Bahan-bahan ( 18 biji aje.. )

  • 3 cawan tepong gandum ( 300gm )
  • 1 cawan + 1 sudu makan lagi air suam
  • 1 sudu kecil membumbung planta
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu kecil mauripan
  • Plastik/ daun pisang

Cara-cara

  1. Sdc12247
    Satukan air suam, gula, garam dan mauripan. Biarkan sebentar sehingga ibu roti naik.
  2. Sdc12243
    Dalam mangkok. masukan tepong, planta dan susu. Ramas sehingga rata.
  3. Sdc12250
    Masukkan yis, uli hingga menjadi doh kemudian masukkan minyak masak, uli lagi sehingga sekata.
  4. Sdc12251
    Kemudian hempas adunan sebanyak 21 kali..ketepikan dan tutup adunan selama 10 ke 15 minit. Sementara itu siapkan pelapik pau, daun pisang atau plastik yang di potong 4 segi.
  5. Sdc12253
    Apabila adunan dah naik ambil sedikit adunan, leperkan, isi inti yg di sukai, tutup, letak atas daun pisang atau plastik yg di potong tadi.
  6. Sdc12258
    Buat begitu sehingga habis. Susun dalam kukusan. Biarkan selama 10 minit. Buat adunan sedikit, kena ambil masa sikit.
  7. Panaskan kukusan. Api besar ( dapur gas biasa )
  8. Sdc12259
    Apabila air dah mendidih, letakkan bahagian kukusan yg ada pau tadi tu..kukus selama 5-6 minit aje..
  9. Bila dah masak, angkat kukusan yg ada pau tu dengan penutupnya sekali, kebawah. Buka penutup, cepat2 keluarkan pau dan susun di atas surat khabar bagi mengeringkan air yg terdapat pd pau..
  10. Makan time panas2 ni..tak ingat org di belakang..
  11. Kalau nak buat pau goreng, guna api pelahan, sentiasa balik2kan supaya masak sekata. Bila dah perang, bolihlah di angkat..yg ni tak bolih makan panas2, nanti melecur lak mulut tu..tunggu suam sikit le..
INTI KACANG MERAH




Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 500 gm kacang merah
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula kerek
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara-cara

  1. Kacang merah di rebus sehingga empok. Mama guna pressure cooker, rebus selama 20 minit. sejukan kemudian rebus lagi sekali sehingga betul2 empok.
  2. Tapis buang airnya kalau berlebihan. Masak lagi sehingga iarnya kering.
  3. Masukan gula p
  4. asir, gula kerek, minyak masak dan daun pandan. Masak lagi sehingga terasa berat nak mengacau..pekat lah tu..
  5. Bolih lah tutup api..dah siap.. 
BUTIR NANGKA KELANTAN
    BY MYRESEPI


    Bahan-bahan ( 7-8 orang )

    • 4 cawan tepung beras pulut
    • air
    • sedikit kapur makan
    • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
    • (bahan utk kuah)
    • santan dari setengah biji kelapa
    • gula
    • 1 sudu makan halba
    • garam
    • daun pandan

    Cara-cara

    1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....
    2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
    3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
    4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul...
    5. Dsc00472
      apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
    6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
    7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
    8. lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka. 
    kuih keria

    Bahan-bahan:
    500 gm keledek
    1 cawan tepung gandum
    Garam secukup rasa
    1 cawan gula
    1/2 cawan air

    Cara menyediakan kuih keria:
    1. Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.
    2. Masukkan keledek ,garam dan air secukupnya didalam periuk.rebuskan hingga lembut.
    3. Toskan air dan hancurkan keledek hingga lumat.
    4. Gaulkan dengan tepung serta uli menjadi gegelang kecil.
     5. Goreng hingga warna menjadi keemasan. Angkat dan toskan minyak.
    6. Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
    7. Tutup api dan masukkan kuih keria, Gaulkan rata hingga melekat pada kuih keria tersebut dan hidangkan.
     --------------------------------------------------------------------------------------------
    Kuih Keria Recipes
    Ingredients:
    500 gm potatoes
    1 cup flour
    Salt to taste
    1 cup sugar
    1/2 cup water
     How to prepare the Kuih Keria Recipes :
    1. Peeled Potatoes  and cut into small pieces.
    2. Enter the potatoes, salt and enough water in pot.Boil it until soft.
    3. Drain water and mash potatoes until fine.
    4. Mix the flour and knead into small rings.
    5. Fry until golden color will be. Lift and drain oil.
    6. Cook sugar coating material to a boil and thickens.
    7. Turn off heat and add the working cake, and mixed evenly to stick to the working of the cake and serve.



      Popular posts from this blog

      ::MUFFIN COKLAT CHIP MAMAYATIE::

      MUFFIN BOLEH TAHAN BERAPA LAMA..? Dari segi ketahanannya, muffin lebih tahan lasak daripada cupcake, ianya tahan disimpan dalam bekas kedap udara antara 4-5 hari, bergantung kepada cara penyimpanan. lebih tahan lama jika disimpan didalam peti sejuk... bila nak makan boleh dipanaskan didalam ketuhar gelombang, microwave ler... Muffin yang disediakan adalah dari adunan/bahan2 yang halal dan mudah didapati disemua kedai. 3. ADA BERAPA BANYAK FLAVOUR MUFFIN...? PERASA : vanilla, coklat, strawberry, pandan. boleh tambah filling (blueberry, oren, strawberry) atau coklat chip 4. ADA KHIDMAT DELIVERY...? YA. Kami ada menyediakan perkhidmatan delivery. Kos delivery bergantung kepada lokasi anda. 5. BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN...? melalui telefon, sms ME 0175884770  RM1.50 SIZE L/EACH MIN ORDER 16PCS   MUFFIN WIF PACKING & REBEN TQ ( HARGA LAIN + 20SEN)  

      Rendang dan pulut kuning ipoh perak

      Sedia menerima tempahan rendang dan pulut kuning ipoh perak dan kawasan sewaktu dengan nya Harga rendang ikut pasaran ayam Berminat hubungi terus ye @mamayatie_kitchen  Www.wasap.my/60175884770

      Apam polkadot di ipoh perak

      Alhamdulillah syukur #throwback Orderan 8.9.18 #apampolkadot 200pcs #kekgulahangus 5 biji #browniesdaddy 2 boxes #bersangkabaik #solat5waktu #ingatAllahselalu Pasti rancangan Allah terbaik untuk kita 😊 Detail @mamayatie_kitchen 📞0175884770