Skip to main content

::RESEPI HOMEMADE::

Almond donut sticks 


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1 biji telur
  • 40g gula perang
  • 60ml susu segar
  • 25g mentega dicairkan
  • 220g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 30g almond nibs
  • coklat masakan secukupnya
  • cinnamon powder + sugar secukupnya

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan susu segar dan mentega. Kacau.
  3. Almondnibs
    Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak dan juga almond nibs. Uli sehingga jadi doh.
  4. Letakkan doh ke atas plastic wrap. Wrapping dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Almonddonut1
    Canai doh lebih kurang 1-1.5 cm. Dan potong memanjang seperti dalam gambar.
  6. Almonddonut2
    Ambik satu sticks dan putar sikit seperti dalam gambar.
  7. Goreng dengan minyak panas sehingga perang.
  8. Chocoalmonddonutsticks
    Bila dah siap boleh gaul donut dengan cinnamon sugar ataupun cicah coklat panas. Coklat masakan boleh dicairkan sama ada dengan kaedah double boiler.

SUSU PEKAT MANIS






Bahan-bahan ( 250 ml )

  • 500ml susu segar
  • 100ml gula
  • (* sukatan gula 1/5 dr sukatan susu segar)

Cara-cara

  1. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga sukatan susu tinggal separuh dari sukatan asal. Kemudian sejukkan dalam bekas yang sesuai.
  2. Berhati-hati kerana susu ni mudah hangus. Jangan guna api yg besar.


SOS CILI THAI


Bahan-bahan ( - )

  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula
  • 2 btg cili kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar nampla/sos ikan
  • 1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air

Cara-cara

  1. Masukkan cuka, air, gula, cili kering dan bawang putih ke dalam mixer. Kisar sehingga cili kering dan bawang hancur. Kemudian panaskan di atasu dapur.
  2. Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yg telah dicampur dgn air dan juga sos ikan. Masak sehingga pekat.
  3. Note: Sos yg lebih boleh disimpan dalam peti sejuk. Boleh diguna bila perlu. Kalau terlebih masak boleh tambah gula.

 

♥Tom Yam Paste™


Bahan-bahan ( 2 mangkuk lauk )


  • 35 tangkai lada kering - dicuci dan toskan
  • 12 ulas bawang putih*
  • 25 ulas bawang kecil*
  • 2-3 sb gula melaka*
  • 3 sb sos ikan*
  • 1/2 cawan minyak makan*(guna minyak lebihan goreng cili kering)
  • sedikit air utk mengisar bahan*
  • Bahan2 tambahan untuk masakan tom yam :-
  • serai,lengkuas,daun limau,limau kasturi atau air asam,cili padi,garam,gula dan perasa jika suka

Cara-cara


  1. Pes_tom_yam_cili_goreng
    Panaskan minyak makan dlm kuali dan goreng cili kering sebentar.Jangan hangus nanti pes jadi pahit.
  2. Pes_tom_yam_d__kisar
    Kisar cili kering goreng bersama kesemua bahan2 yang bertanda * hingga halus.
  3. Pes_tom_yam_d__tumis
    Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali dan masak hingga mendidih dan kering sedikit.Matikan api.
  4. Sejukkan pes dan simpan di dalam bekas kedap udara dan gunakan bila perlu.Pes akan lebih tahan lama jika disimpan di dalam peti ais.
  5. Sos_ikan
    ***Ini gambar sos ikan yg akak gunakan.Pastinya halal. 
syrup Fruitade (ibu gula)

Bahan-bahan ( 80-90 gelas )

  • 1 botol (28 ml) esen perisa pisang
  • 1 botol (28 ml) esen perisa oren
  • 1 botol (28 ml) pewarna epal hijau
  • 3 kilo gula pasir
  • 2 tin ice-cream soda

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali ice-cream soda dan bubuh air secukupnya (sukatan air seperti memasak nasi gitu).
  2. Masak hingga gula larut sambil dikacau sentiasa. Sejukkan.
  3. Isikan jug air dgn sedikit ibu gula fruitade,bubuh ketulan ais dan air sejuk secukupnya, gaul rata. Bagi yg suka air bergas, tambahkan ice-cream soda secukupnya. Jika air kurang manis, tambahkan lagi ibu gula.
  4. Ibu gula yg tlh sejuk disimpan di dlm botol2 kosong atau bekas2 yg bertutup.


 ROTI CANAI






Bahan-bahan ( resepi ini hanya untuk sekilo tepung dan untuk 20 biji keping roti canai... )

  • Klik di sini untuk isi bahan
  • Ramuan 500ml air,, 1 sudu besar garam halus,, Sebiji telur,, 1 sudu besar susu pekat ,, ½ sudu besar hollick,, 1 sudu besar marjerin,,dan 1kg tepung gandum

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan bahan diatas mengikut turutan nombor diatas yg telah diberikan,,kedalam besen atau bekas yg sesuai, kemudian uli sehingga sebati. dan buat bulat mengikut saiz yg diperlukan,, dan lomurkan bulat tepung tadi dgn marjerin,. Kemudian biarkan tepung yg telah diuli tadi, selama 3 hingga 4 jam, Kemudian tepung tadi sedia untuk di tebar……. selamat mencuba



Popular posts from this blog

::MUFFIN COKLAT CHIP MAMAYATIE::

MUFFIN BOLEH TAHAN BERAPA LAMA..? Dari segi ketahanannya, muffin lebih tahan lasak daripada cupcake, ianya tahan disimpan dalam bekas kedap udara antara 4-5 hari, bergantung kepada cara penyimpanan. lebih tahan lama jika disimpan didalam peti sejuk... bila nak makan boleh dipanaskan didalam ketuhar gelombang, microwave ler... Muffin yang disediakan adalah dari adunan/bahan2 yang halal dan mudah didapati disemua kedai. 3. ADA BERAPA BANYAK FLAVOUR MUFFIN...? PERASA : vanilla, coklat, strawberry, pandan. boleh tambah filling (blueberry, oren, strawberry) atau coklat chip 4. ADA KHIDMAT DELIVERY...? YA. Kami ada menyediakan perkhidmatan delivery. Kos delivery bergantung kepada lokasi anda. 5. BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN...? melalui telefon, sms ME 0175884770  RM1.50 SIZE L/EACH MIN ORDER 16PCS   MUFFIN WIF PACKING & REBEN TQ ( HARGA LAIN + 20SEN)  

Rendang dan pulut kuning ipoh perak

Sedia menerima tempahan rendang dan pulut kuning ipoh perak dan kawasan sewaktu dengan nya Harga rendang ikut pasaran ayam Berminat hubungi terus ye @mamayatie_kitchen  Www.wasap.my/60175884770

RESEPI MELON BREAD

Siapa sini pernah makan Japanese sweet bun aka melon bread? Serious sedap šŸ˜‹ Nak beli tak banyak kedai yg ade jual. Jadi harini sis nak share resepinye šŸ˜Š boleh lah siapa2 yg teringin tu try buat. Resepi Melon Bread : Bahan-bahan : DOH ROTI (Dapat dlm 18 biji) šŸž 300g tepung roti šŸž 2 sudu kecil instant yis šŸž 50g gula šŸž 2 sudu besar susu tepung šŸž 170g air suam šŸž 3/4 biji telur šŸž 1 sudu besar marjerin DOH COOKIES (untuk lapisan luar bun) ✨ 80g unsalted butter/butter ✨ 90g gula kastor ✨ 80g telur (sudah dipukul sedikit) ✨ 200g tepung gandum (lebihkan kalau doh lembik) Cara-cara : DOH ROTI ✓ On kan breadmaker (BM). Masukkan semua bahan dalam BM. Masukkan bahan cecair dahulu. Setelah semua bahan dimasukkan, pilih menu DOUGH (masa yang telah ditetapkan adalah 1 jam setengah). Tekan start. Biarkan BM buat kerja dia. ✓ Setelah BM berbunyi, tanda sudah siap, keluarkan doh dari pan, dan tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin. ✓ Bahagikan doh menjadi bulat keci