resepi yg ada kt sini semua nye mamayatie copy paste dr mane2 blog utk pengunjung2 cuci mata,baru best kan..resepi mudah n ringkas..
Pizza (Home made)
Mlm ni terasa macam nak makan pizza ajer. Mula2 rasa cam nak order ajer tp rasa better wat sendiri. Guna apa yg ada dlm fridge. Utk pizza ni saya x letak bawang besar, button mushroom atau capsicum sbb xder. kalau letak lg sedap.
Untuk kulit Pizza
250g tepung gandum
1/2 paket kecil yis segera
3/4 cawan air suam
1 s/k garam
1 s/k gula
Inti (Topping) Pizza
2 sudu makan minyak masak
3 sudu tomato puri
2 batang sosej
5 biji beef ball
7 s/b keju berparut (lg byk lg sedap)
Cara-caranya
- Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 220-230'c
- Untuk kulit pizza, larutkan yis dan gula ke dalam air suam. Kacau sehingga naik buih halus
- Masukkan garam ke dalam tepung gandum dan kacau biar sebati
- Kemudian masukkan campuran air, yis dan gula ke dalam tepung dan uli adunan tersebut sehingga adunan tersebut tidak melekat.
- Perap adunan tersebut sehingga adunan tersebut naik 2 kali ganda
- Canai adunan tersebut mengikut saiz yg dikehendaki
- Kemudian cucuk dengan garfu adunan yg telah dicanai tadi
- Sapukan permukaan adunan tersebut dengan minyak dan diikuti dengan tomato puri. Kemudian tabur sosej dan beef ball yg telah dipotong kecil. Akhir sekali tabur keju parut.
- Rehatkan pizza tersebut dlm masa 30 minit
- Bakar pizza dlm suhu yg sama dlm masa 25 hingga 30 minute.
- Siap utk dihidangkan.
- copy paste dari resepimama..
Kuah Kacang Tauhu Sumbat
Bahan-bahan ( 4 0rang )
- 1 cawan kacang tanah ( siap di sangai dan di kisar halus )
- 3 cawan air
- 3 ulas bawang merah
- 1 batang serai
- 2 1/2 sudu makan gula
- 1 sudu kecil garam
- 10 keping tauhu
- Sedikit timun, sengkuang, taugeh dan karot
- 1/4 cawan minyak ( untuk menumis kuah )
- 1 cawam minyak ( untuk mengoreng tauhu )
- 1/2 sudu makan cili boh
Cara-cara
- Panaskan 1/4 cawan minyak. Tumis serai yang telah dititik dan bawang merah yang telah di tumbuk dan masukan cili boh. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan kacang dan air dan semua bahan perasa. Masak sehingga agak pekat. Siap...
- Panaskan 1 cawan minyak. Goreng tauhu yang telah di belah 2 menyerong. Goreng jangan terlalu garing. Cukup sekadar keperangan sahaja..
- Hiris nipis timun, sengkuang dan karot, anggaran 1 1/2 in panjang..ikut kreativiti sendiri..
- Tauhu yang telah masak di toreh sedikit di bahagian tengahnya dan di isi sedikit bahan2 yang di hiris tadi..siap untuk di hidangkan..
Bahan A
lada kering sebanyak RM 1.50
Bahan B
- 6 labu bawang besar merah
- 2 labu bawang putih
Bahan C
Garam halus 2 sudu besar ( bukan bumbung ya )
Cara- cara.
- Cili kering direndam air panas lebih kurang 2 jam atau direbus lagi cepat, angkat dan toskan
- kisarkan cili kering menggunakan blender ( boleh letak sedikit minyak dan air bagi memudahkan pergerakan apabila dikisar nanti)
- bahan B dikisar semuanya ( jangan masukkan terlalu banyak air di dalam blender nanti takut cair )
- satukan bahan A & B yang telah dikisar dan kemudiannya masakkannya di atas kuali
- panaskan minyak terlebih dahulu dan masukkan bahan yang dikisar tadi dan kacau. Bila dah separuh masak tu masukkan garam halus
- masak sehingga sambal tumis itu kelihatan bersinar
- sejukkan dan boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk
Bahan A
lada kering sebanyak RM 1.50
Bahan B
- 6 labu bawang besar merah
- 2 labu bawang putih
Bahan C
Garam halus 2 sudu besar ( bukan bumbung ya )
Cara- cara.
- Cili kering direndam air panas lebih kurang 2 jam atau direbus lagi cepat, angkat dan toskan
- kisarkan cili kering menggunakan blender ( boleh letak sedikit minyak dan air bagi memudahkan pergerakan apabila dikisar nanti)
- bahan B dikisar semuanya ( jangan masukkan terlalu banyak air di dalam blender nanti takut cair )
- satukan bahan A & B yang telah dikisar dan kemudiannya masakkannya di atas kuali
- panaskan minyak terlebih dahulu dan masukkan bahan yang dikisar tadi dan kacau. Bila dah separuh masak tu masukkan garam halus
- masak sehingga sambal tumis itu kelihatan bersinar
- sejukkan dan boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk
Bahan-bahan ( 2org )
- 2biji limau
- 5ulas peach/buah buahan lain
- 2sb sagu
- beberapa ketul agar-agar/jelly
- 2sb gula perang
- 2sb santan
- 2sb krimer
Cara-cara
- Masak sagu hingga jernih kemudian basuh dgn air sejuk supaya tak melekat.
- Potong agar-agar dan buah buahan kecil-kecil.
- Bancuh santan dan krimer dgn 2cawan air.
- Masukkan buahan,sagu dan agar-agar tadi. Kacau bagi sekata supaya air daripada buah buahan tadi bercampur dgn kuahnya.
- Letak beberapa ketul ais dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.