Sunday, November 11, 2018

RESEPI CUCUR MANIS/UDANG

RESIPI CUCUR MANIS / UDANG MUDAH:
Sahabat-sahabat boleh cuba resipi terbaru mamak haji ini...walau pun mamak haji telah berikan banyak resipi cucur..cucur viral, cucur udang ranggup mamak, cucur keria dll. Tapi masih tidak berpuas hati dgn resipi cucur ini utk mendapatkan yg terbaik..diluar ranggup..didlm lembut  dan  paling penting cucur yg kurang serap minyak goreng...

Bahan-Bahan Diperlukan:

1 cawan tepung gandum serbaguna.
1 sudu besar tepung jagung.
1 sudu kecil yis segera (mauripan).
1 biji telur - ambil putih telur.
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan air untuk adunan.

caramenyediakan:
1. Dalam sebuah bekas kecil masukan 2 sudu besar air suam (kuku) jgn panas yeananti yis mati pulak.masukkan 1 sudu kecil gula pasir dan bancuh/larutkan gula. Masukkan  1 sudu kecil yis dan bancuh. Biarkan adunan yis ini selama 15 minit. Bancuhan ini sepatunya naik..kalau tidak buang saja yis yg anda simpam itu..beli baru.

2. Dalam sebuah bekas agak besar sedikit masukkan tepung gandum, tepung jagung, puih telur dan garam. Masukkan air 1/2 cawan dan buat adunan. Bila bancuh adunan ini jangan terlalu mengadunkan..agak-agak saja...kalau ada lump sedikit tak apa. Nanti mamak haji bagitahu kenapa tak boleh adun sampai masukkan dlm blender atau cara lain.

3. Biarkan adunan ini 20-30 minit dengan bekas ditutup. Dalam pada itu boleh panaskan minyak dl 1 cawan. Suhu minyak sgt penting goreng cucur ini. Suhu yg rendah akan menyerap minyak dan cucur anda tidak naik kembang. Suhu yg sesuai ialah 165 darjah C.

4. Bila dah siap masa perkembangan adunan itu. Sediakan sudu besar (tbsp) yg sedia rendam dlm air...ceduk sesudu 1 (1 tbsp) dan masukkan dlm minyak panas. bila bahagian bawah cucur dah masak (akan terapung) terbalikan. Takut hangus boleh kurangan api dapur kepada rendah (145C). Bila gelumbong udara semakin kurang..ia menunjukkan cucur anda telah masak sempurna.

5. Anda boleh tambah bawang, cili ikan bilis atau udang basah atau daun bawang/ kucai pada adunan tepung. Sila cuba yea..ia tak mahal utk dicuba.

Thursday, October 25, 2018

RESEPI AYAM PAPRIK

Assalamualaikum
Dah ada idea ke nak masak apa tengah hari nanti? Kalau belum, jom kita share resepi Ayam Padprik. Kita suka masak ni s
ebab semua ada, ayam & sayuran dah lengkap. Cukup masak 1 lauk je. Senang, mudah & sedap.

AYAM PADPRIK
Bahan-bahannya:
1cwn Isi Ayam (potong kiub)

Sayuran: (kuantiti ikut selera)
Lobak Merah
Celery
Kacang Panjang
Jagung Muda
Lada Benggala
Bunga Kobis
Brokoli
*terpulang nak masukkan sayuran apa mengikut selera masing-masing

Sos:
3sb Sos Cili
2sb Sos Tomato
1sb Sos Tiram
1sb Kicap Manis

Bahan Tumis:
1bj Bawang Merah
4ulas Bawang Putih
1/2in Halia
2-3bj Cili Tomyam (ikut selera, kalau tak mahu pedas tak perlu letak atau kurangkan kuantiti)
1btg Serai

Bahan lain:
3-4hli Daun Limau Purut
1bj Limau Kasturi
Serbuk Kunyit
Kuib Ayam
Garam
Gula

Caranya:
Tumiskan bahan tumis sehingga layu. masukkan isi ayam dan sedikit serbuk kunyit. biarkan ayam tergoreng sebentar. Kemudian masukkan sayuran dan goreng sebentar. Apabila sayuran sudah agak lembut, masukkan semua jenis sos dan sedikit sahaja air serta daun limau purut. Biarkan mendidih seketika. Masukkan kiub ayam, gula dan garam. Seimbangkan rasanya. Apabila sudah masak. Tutup api dan perahkan limau kasturi, gaul rata sebelum diangkat. Siap dihidangkan...
Selamat Mencuba

Boleh juga rujuk di blog:
http://sisterscookingproject2.blogspot.com/2017/04/project86-chicken-padprik.html

Tuesday, October 16, 2018

RESEPI MELON BREAD

Siapa sini pernah makan Japanese sweet bun aka melon bread? Serious sedap 😋 Nak beli tak banyak kedai yg ade jual. Jadi harini sis nak share resepinye 😊 boleh lah siapa2 yg teringin tu try buat.

Resepi Melon Bread :

Bahan-bahan :
DOH ROTI (Dapat dlm 18 biji)

🍞 300g tepung roti
🍞 2 sudu kecil instant yis
🍞 50g gula
🍞 2 sudu besar susu tepung
🍞 170g air suam
🍞 3/4 biji telur
🍞 1 sudu besar marjerin

DOH COOKIES (untuk lapisan luar bun)

✨ 80g unsalted butter/butter
✨ 90g gula kastor
✨ 80g telur (sudah dipukul sedikit)
✨ 200g tepung gandum (lebihkan kalau doh lembik)

Cara-cara :

DOH ROTI

✓ On kan breadmaker (BM). Masukkan semua bahan dalam BM. Masukkan bahan cecair dahulu. Setelah semua bahan dimasukkan, pilih menu DOUGH (masa yang telah ditetapkan adalah 1 jam setengah). Tekan start. Biarkan BM buat kerja dia.

✓ Setelah BM berbunyi, tanda sudah siap, keluarkan doh dari pan, dan tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin.

✓ Bahagikan doh menjadi bulat kecil dan setiap bulat kecil hendaklah 40g berat. Susun di dalam loyang yang telah disapu marjerin/lapik baking paper. Biarkan selama 10 minit.

DOH COOKIES

✓ Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula sehingga berubah menjadi warna kuning pucat.

✓ Masukkan telur ke dalam adunan dalam 3 bahagian.

✓ Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan spatula. Jika doh terlalu lembik, tambahkan tepung.

✓ Letakkan doh di atas plastic wrap (bentuk memanjang) dan wrapkan. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.

✓ Setelah 30 minit, keluarkan dari peti sejuk dan potong doh kepada beberapa bahagian, 20g setiap satu.

WRAP DOH ROTI DENGAN COOKIE

✓ Bentukkan cookie yang dah dipotong tadi mejadi bulat. Letakkan di atas plastik (plastik yg buat bungkus makanan tu)

✓ Tutup permukaan atas dengan plastik lain atau gunakan plastik yang ada dua belah.

✓ Picitkan cookie dengan jari sehingga menjadi bentuk bulat lepey. (Jangan terlalu nipis, nanti senang pecah. Jangan terlalu tebal nanti lepas siap bakar akan jadi keras)

✓ Letakkan doh roti dia atas bulatan cookie tadi.

✓ Terbalikkan roti+cookie diatas tapak tangan.

✓ Buka lapisan plastik.

✓ Picit-picitkan tepi cookie supaya betul-betul melekat dengan roti.

✓ Gunakan pisau untuk buat garisan dia atas cookie. Kemudian, taburkan/golekkan cookie dengan gula. Bakar melon bread dalam oven pada suhu 180°c selama 20 minit. Dalam oven letak roti di bahagian atas sekali. Setelah permukaan cookie mejadi sedikit perang, alihkan roti ke bahagian tengah oven dan kurangkan suhu menjadi 170°c.

Selamat mencuba 🤗

Sunday, October 14, 2018

KUIH MUIH IPOH

Alhamdulillah syukur
Terima kasih Allah
14.10.18

@mamayatie_kitchen
Www.wasap.my/60175884770/kuihmui

Wednesday, October 10, 2018

Resepi SHEPHERD PIE

Ah lama plan nak buat "shepherd pie" dari tahun lepas lagi.
Rasanya berpuluh kali resepi ni pergi balik pergi balik.
Aduhhhh !!! Lama betul "rajin" tu berjalan,so hari ni baru sampai pada Sis Y’el 😊

Uolls cuba tau,sedap sungguh Shepperd Pie resepi Mat Gebu nih.

BAHAN INTI 🙂
250 g daging cincang
100 g cendawan butang, hiris nipis
100 g brokoli, potong kecil
1/2 batang lobak merah, didadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 helai bay leaf
4 camca besar mushroom sup dalam tin
2 camca besar mentega
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar hirisan daun parsley
1 cawan air
Sedikit garam, jika perlu

BAHAN KENTANG PUTAR 🙂
300 g kentang
2 camca besar mentega
4 -5 camca besar susu cair
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh garam
1 camca besar hirisan daun parsley

BAHAN LAIN 🙂
Parutan keju mozarella secukupnya
Daun parsley untuk hiasan
Sos cili sebagai sos sampingan, jika suka

CARA MEMBUATNYA 🙂
1 UNTUK INTI :- Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bay leaf dan bawang putih hingga layu, masukkan lobak merah dan daging cincang, kacau rata. Masukkan sup cendawan dan air, kacau rata. Bila hampir pekat, masukkan cendawan, brokoli, serbuk lada hitam dan parsley, kacau lagi dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah garam. Matikan api dan ketepikan.

2 UNTUK KENTANG PUTAR :- Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga kentang betul2 empuk, lecek hingga halus semasa kentang panas. Ketepikan. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan kentan dan susu, kacau hingga sebati. Tambah serbuk lada hitan dan sedikit garam, kacau hingga pekat. Matikan api dan masukkan hirisan parsley dan gaul rata.

3 UNTUK SHEPHERD PIE :- Lenser bekas tahan panas (atau mat guna ramekin mcm dalam gambar tu) dengan sedikit mentega. Isikan dengan inti 3/4 penuh. Tutup permukaannya dengan kentang putar sehingga rata. Taburkan sedikit parutan keju mozarella, buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit atau hingga permukaannya perang keemasa. Hias dengan daun parsley dan hidangkan bersama sos cili, jika suka.

Selamat Mencuba,Pls Like & Share !https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209977510634284&id=1830864379

Monday, October 8, 2018

Resepi NASI LEMAK PANDAN MAMAYATIE_KITCHEN

Nasi Lemak PANDAN

Bahan2 nasi:
Beras
Air daun pandan dan santan (sy guna 3 cawan air pandan dgn 1 cawan santan utk 3 cawan beras)
Bwg merah
Bwg putih
Serai
Halia
Garam secukup rasa

Lauk lain:
Sambal ikan bilis
Ikan bilis goreng
Ayam goreng

Timun
Telur rebus

Sunday, September 30, 2018

IBU SAMBAL Mamayatie_kitchen

Alhamdulillah syukur
Setelah berperang dgn cili dan bawang akhir nya terhasil lah
#ibusambal @mamayatie_kitchen
Saya pasti anda tak kan nyesal..
Ibu sambal byk gunanya
Boleh terus Masuk sotong, udang, ikan bilis, ikan dll.. Ikut suka kome ler ye...
Yg paling best mkn dgn nasi lemak dan nasi panas2..

Saya bekal kan dlm botol
Senang, mudah nak bawa ke Mana2..
Boleh di frozen kan
Ketahanan tahan berbulan2

Berminat WhatsApp
📞0175884770
@mamayatie_kitchen
 @ Ipoh, Perak