Assalamualaikum Dah ada idea ke nak masak apa tengah hari nanti? Kalau belum, jom kita share resepi Ayam Padprik. Kita suka masak ni s ebab semua ada, ayam & sayuran dah lengkap. Cukup masak 1 lauk je. Senang, mudah & sedap. AYAM PADPRIK Bahan-bahannya: 1cwn Isi Ayam (potong kiub) Sayuran: (kuantiti ikut selera) Lobak Merah Celery Kacang Panjang Jagung Muda Lada Benggala Bunga Kobis Brokoli *terpulang nak masukkan sayuran apa mengikut selera masing-masing Sos: 3sb Sos Cili 2sb Sos Tomato 1sb Sos Tiram 1sb Kicap Manis Bahan Tumis: 1bj Bawang Merah 4ulas Bawang Putih 1/2in Halia 2-3bj Cili Tomyam (ikut selera, kalau tak mahu pedas tak perlu letak atau kurangkan kuantiti) 1btg Serai Bahan lain: 3-4hli Daun Limau Purut 1bj Limau Kasturi Serbuk Kunyit Kuib Ayam Garam Gula Caranya: Tumiskan bahan tumis sehingga layu. masukkan isi ayam dan sedikit serbuk kunyit. biarkan ayam tergoreng sebentar. Kemudian masukkan sayuran dan goreng sebentar. Ap...