Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

UTK PENGETAHUAN

Gunakan tepung yang sesuai! Tepung Gandum Sesuai untuk dibuat cucur, jemput2, batter untuk menggoreng ikan dan ayam. Kadar gluten tepung agak sederhana jadi ia sesuai untuk makanan gorengan. Tepung Kek Khas untuk membuat kek saperti Kek Mentega, Kek Buah, Kek Teh, Muffin dan kulit pastri puff. Kadar gluten dalam tepung kek ini rendah jadi ia amat sesuai untuk kek yang memerlukan struktur yang agak stabil. Tepung Top Khas untuk membuat Kek Span, Kek Angel atau Kek Shiffon dan Kuih Baulu. Kadar gluten tepung ini amat rendah sekali jadi struktur protein nya amat singkat menjadikan ia sesuai untuk membuat kek yang lembut dan gebu. Tepung Hong Kong atau Super Lite Flour Sesuai untuk membuat kueh pau kukus atau goreng donut. chakue dan roti paun. Tepung Naik Sendiri atau Self-Raising Flour Jenis tepung ini sudah dicampur bahan penaik iaitu baking soda untuk memudahkan kita membuat kek, pancake atau batter. Tepung Roti Sesuai untuk membuat roti sahaja kerana